Selamat Datang Ke Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

BARISAN PMFEP 2016-2017

Kepimpinan PMFEP 2016-2017

RAMADHAN KAREEM

Selamat menghayati bulan ramadhan diucapkan kepada semua warga muslim Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar FEP. Semoga berjaya !

COMING SOON

Tunggu dan lihat apa yang akan kami bawakan kepada anda untuk kepimpinan sesi 2016-2017.

Monday, 13 June 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMFEP UKM 2015-2016

Pada 27 Mei yang lepas telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kepimpinan PMFEP sesi 2015-2016. Mesyuarat agung tahunan kali ini mendapat sambutan yang baik dari pelajar FEP berbanding tahun sebelumnya dimana kehadiran pelajar adalah 3/4 dewan. Pelbagai masalah berbangkit yang telah dibincangkan antaranya adalah berkenaan dengan program anjuran PMFEP bagi sesi ini. Antara tetamu jemputan yang diundang adalah penasihat-penasihat persatuan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah fakulti ini. Di samping itu, penyampaian sijil dan perasmian pembubaran barisan pimpinan juga telah dilakukan. Suasana riang tiba-tiba bertukar sayu apabila terdapat beberapa pimpinan PMFEP yang menangis tatkala perasmian pembubaran dilakukan oleh Presiden PMFEP. Malah Presiden PMFEP juga menitiskan air mata tatkala membaca watikah pembubaran itu. Namun, setelah selesai perasmian pembubaran, sesi pengundian ahli majlis tertinggi telah diadakan. Semua calon yng menghantar borang permohonan Majlis Tertinggi telah dipanggil bagi proses pengundian. Mereka diminta untuk berkempen dan seterusnya undian dilakukan.Bagi jawatan Presiden, saudara Ibraz bin Sazali, pelajar tahun 3 Perakaunan dan saudara Rafi, pelajar tahun 2 Perakaunan telah bertanding, dan kemenangan berpihak kepada saudara Ibraz. Oleh itu secara rasminya Ibraz sekali lagi memikul tanggungjawab sebagai Presiden PMFEP buat kali kedua. Setelah proses pengundian selesai, Presiden yang baharu telah diminta untuk menyampaikan sedikit ucapan. Saudara Ibraz telah melakukan dua pembaharuan di dalam PMFEP iaitu dengan menambahkan dua lagi jawatan, Naib Presiden yang merupakan pemangku utama Presiden dan Timbalan Setiausaha 2, yang merupakan pembantu kepada Setiausaha. Hal ini dilakukan adalah kerana Saudara Ibraz belajar dari pengalaman lepas di mana berlaku pertindihan tugas akibat kekurangan ahli jawatankuasa bagi setiap jawatan. 



KNOWING ASEAN EMERGING MARKET +3

Pada 7-11 Mei yang lalu, sebahagian daripada exco PMFEP dan pelajar FEP telah menyertai program mobiliti atau dikenali sebagai Knowing Asean Emerging Market +3 di Vietnam. Sepanjang berada di Vietnam, semua ahli jawatankuasa telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berada disana. Aktiviti ini diadakan adalah untuk menghiburkan penduduk disana di samping menyampaikan mesej yang baik. Seramai 20 orang pelajar FEP telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 FEP.  

HELLO BAKSIS FEP 2016

Hello Baksis merupakan program tahunan PMFEP yang dianjurkan dan diselia oleh Exco Khidmat Sosial dan Kemasyarakatan PMFEP. Untuk BAKSIS kali ini, ia telah diadakan di kawasan perkampungan di sekitar Selangor selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dilaksanakan bagi meraikan penduduk kampung di situ. 

Sunday, 12 June 2016

BENGKEL IT

Sabtu lepas, 19 Mac 2016 telah diadakan Bengkel IT iaitu "How To Use Sony Vegas. Program ini merupakan anjuran Exco Informasi dan Keusahawanan PMFEP 2015-2016  yang diadakan di Makmal Komputer 3 FEP. Jurulatih bagi bengkel ini adalah merupakan pelajar tahun 4 FEP iaitu Fakhrul yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan perisian sony vegas ini. Program ini tamat tepat pada pukul 1 petang. 

KARNIVAL SUKAN FEP

Karnival Sukan FEP atau KARSUFEP merupakan program tahunan di FEP yang telah diperkenalkan oleh Exco Sukan Dan Rekreasi PMFEP 2015-2016. KARSUFEP merupakan aktiviti sukan dan riadhah yang melibatkan semua pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pelbagai pertandingan menarik yang telah dipertandingkan antaranya ialah Pertandingan Futsal, Bola Jaring, Explorace, boling dan Ping-Pong. Di samping itu, antara aktiviti menarik juga ialah congkak, carrom, dodgeball, senamrobik dan Fun Fair. Program ini telah diadakan selama tiga hari iaitu bermula 9 Mac 2016 hingga 11 Mac 2016. 
 

FESTIVAL E2MACC

E2Macc Festival atau Entrepreneur, Economic, Management and Accounting Festival merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Exco Pembangunan Akademik PMFEP iaitu program yang melibatkan semua warga Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. Ia juga merupakan hari keluarga FEP. Pada 27 Feb -3Mac 2016 lepas, telah diadakan E2Macc Festival yang telah diuruskan oleh Exco Pembangunan Akademik PMFEP sesi 2015-2016. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan. Antaranya ialah, mendaki gunung Datuk, taklimat mobiliti, usahawan cilik, Zombie Run dan ceramah agama. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Prof. Norman Saleh. Manakala perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh penasihat exco iaitu Datin Zaini bt Embong.

SAYA SAYANG FEP 1.0

Pada 11 Disember 2015, Exco Khidmat Sosial dan Kemasyarakatan PMFEP  telah menganjurkan sebuah program gotong-royong fakulti yang dikenali sebagai "Saya Sayang Fep 1.0". Aktiviti gotong- royong ini telah diadakan di sekitar bilik seminar dan dewan kuliah di mana ia merangkumi aktiviti mengecat, mngemas dan membersih kawasan di sekitarnya. Aktiviti ini telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Antara peserta yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar tahun 1 dan tahun 2 FEP. Pihak kedekanan dan pensyarah fakulti juga turut turun padang bagi menjayakan program ini.


Thursday, 11 February 2016

MAKAN MALAM MAHASISWA FEP


Pada 9 Disember yang lalu, PMFEP dengan kerjasama semua kelab dan persatuan di Fakulti Ekonomi Pengurusan UKM telah berjaya menganjurkan Makan Malam Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang diadakan khas untuk meraikan mahasiswa tahun akhir pengajian di fakulti ini. Makan malam ini telah diadakan di Hotel Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramai hadirin yang telah hadir termasuk pihak Pentadbiran Fakulti, Pensyarah serta para penaja yang telah menaja acara makan malam ini. Pelbagai slot menarik yang telah dipersembahkan antaranya, tarian oleh Peserta Artisukma UKM, Persembahan Nasyid dari kumpulan Nasyid Kolej Ibrahim Yaakub dan Persembahan pentas oleh pelajar tahun satu FEP. Makan malam yang ditaja oleh 4 Syarikat tajaan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Nor Aziah. 

Terima kasih buat mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Syarikat tajaan Makan Malam Mahasiswa FEP


KEMBARA SISWA SISWI FEP



Pada 6-8 November yang lalu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) telah menganjurkan Kembara Siswa-Siswi (KEMSIS). Seramai 36 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada pelajar tahun satu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, manakala fasilitator dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seramai 31 orang. Fasilitator yang dipilih adalah dari kalangan ahli jawatankuasa tertinggi kelab-kelab di FEP, iaitu Kelab Perakaunan (KPFEP), Kelab Ekonomi (KE), Kelab Pengurusan (MC), dan Kelab Keusahawanan dan Inovasi (EIC). Manakala AJK Program adalah dari kalangan ahli PMFEP sendiri. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwah di antara Persatuan Mahasiswa FEP dengan pelajar tahun satu yang berjaya memasuki fakulti ini pada september lalu. 





Friday, 8 January 2016

Sesi Bersama Dekan Dan PMFEP

Pada 7 oktober yang lalu, PMFEP telah menganjurkan program "sesi bersama Dekan dan PMFEP" dalam usaha untuk memperkenalkan Dekan dan PMFEP kepada pelajar tahun satu yang berjaya melanjutkan pelajaran di Fakulti ini. Semua pelajar tahun satu diwajibkan hadir.