Monday, 13 June 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMFEP UKM 2015-2016

Pada 27 Mei yang lepas telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kepimpinan PMFEP sesi 2015-2016. Mesyuarat agung tahunan kali ini mendapat sambutan yang baik dari pelajar FEP berbanding tahun sebelumnya dimana kehadiran pelajar adalah 3/4 dewan. Pelbagai masalah berbangkit yang telah dibincangkan antaranya adalah berkenaan dengan program anjuran PMFEP bagi sesi ini. Antara tetamu jemputan yang diundang adalah penasihat-penasihat persatuan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah fakulti ini. Di samping itu, penyampaian sijil dan perasmian pembubaran barisan pimpinan juga telah dilakukan. Suasana riang tiba-tiba bertukar sayu apabila terdapat beberapa pimpinan PMFEP yang menangis tatkala perasmian pembubaran dilakukan oleh Presiden PMFEP. Malah Presiden PMFEP juga menitiskan air mata tatkala membaca watikah pembubaran itu. Namun, setelah selesai perasmian pembubaran, sesi pengundian ahli majlis tertinggi telah diadakan. Semua calon yng menghantar borang permohonan Majlis Tertinggi telah dipanggil bagi proses pengundian. Mereka diminta untuk berkempen dan seterusnya undian dilakukan.Bagi jawatan Presiden, saudara Ibraz bin Sazali, pelajar tahun 3 Perakaunan dan saudara Rafi, pelajar tahun 2 Perakaunan telah bertanding, dan kemenangan berpihak kepada saudara Ibraz. Oleh itu secara rasminya Ibraz sekali lagi memikul tanggungjawab sebagai Presiden PMFEP buat kali kedua. Setelah proses pengundian selesai, Presiden yang baharu telah diminta untuk menyampaikan sedikit ucapan. Saudara Ibraz telah melakukan dua pembaharuan di dalam PMFEP iaitu dengan menambahkan dua lagi jawatan, Naib Presiden yang merupakan pemangku utama Presiden dan Timbalan Setiausaha 2, yang merupakan pembantu kepada Setiausaha. Hal ini dilakukan adalah kerana Saudara Ibraz belajar dari pengalaman lepas di mana berlaku pertindihan tugas akibat kekurangan ahli jawatankuasa bagi setiap jawatan. 



0 comments:

Post a Comment